Friday 12 August 2011

-Perihal aurat

bismillahirrahmanirrahim..
Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-
Kenapa perlu soal ni, sy tak tahu tp yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Renung2kan & selamat beramal...

Wednesday 3 August 2011

-Kesihatan Menurut Islam

bismillahirrahmanirrahim..

Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang mana islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah..

Sabda Nabi s.a.w :
Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu
(Hadis Riwayat Bukhari )

dan sabda nabi lagi:
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.
( Hadis Riwayat Muslim )

Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan ditempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w:

"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Perlu juga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Nabi s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit - pesakit supaya mereka berubat. Sabda nabi s.a.w :

"Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat "
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam satu peristiwa, orang arab badwi telah datang kepada baginda nabi dan mereka bertanya: Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?. Maka sabda nabi : Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja. Maka mereka bertanya lagi, apakah penyakit itu? Sabda nabi: penyakit itu ialah "tua" (Hadis Riwayat Ahmad)

Dua hadis diatas menggesa supaya ahli perubatan mengkaji tentang penawar dan ubat bagi penyakit yang belum ditemui lagi. Diantara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah nabi s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, berbekam, jampi dan tumbuhan herba.

Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini (perubatan) berdasarkan sabda nabi :

"Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal- hal keagamaan maka rujuklah kepadaku"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Monday 1 August 2011

- Mesyuarat Agung Tahunan PMRAM cawangan Iskandariah

Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah dalam surah As-Soff ayat ke empat yang bermaksud :

-->Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan sebuah bangunan yang kukuh.

Firman Allah dalam surah As-Saff ini menjadi bukti bahawa perlunya bagi sesuatu kerja untuk dilakukan dengan tersusun dan rapi atau dengan kata lainnya ialah secara berorganisasi. Ini adalah kerana bekerja ataupun berjuang secara berorganisasi mempunyai banyak kelebihan antaranya menjadikan sesuatu kerja itu lebih kemas dan teratur.

**Bermuhasabah bersama-sama..& memberi kritikan yang membina..

--->DPMI<--


Ramadhan bulan Mulia..


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam..
Dan Alhamdulillah masih diberi nafas untuk meneruskan hidup di bulan mulia ini..
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas..

".Apabila datangnya bulan Ramadhan,pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan dirantaikan."( Bukhari&Muslim)
''..Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan..'' -atTirmizi

~ Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat...~

Friday 7 January 2011

- Tips Penjagaan kesihatan di Musim Sejuk

bimillahirrahmanirrahim..

Kesihatan manusia banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti kebersihan, makanan serta perubahan suhu persekitaran. Perubahan suhu atau musim memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelbagai perubahan fizikal badan kita.

Secara umumnya, badan kita berfungsi dengan baik pada suhu tertentu/ spesifik(36.5-37.2 darjah celcius) .

Sebarang perubahan suhu persekitaran akan mengakibatkan adaptasi badan kita terhadap perubahan tersebut malah mengganggu sistem imuniti badan terutamanya jika perubahan mendadak. Kesannya, kita terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman dan virus akibat immuniti yang lemah. Kanak –kanak dan orang tua lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pada musim ini.

Batuk, selesema, demam, sakit tekak, sakit badan atau sengal badan adalah keadaan atau penyakit biasa ketika musim sejuk. Sesak nafas dan frostbite (sel beku dan pengecutan salur darah yang melampau) pula berlaku akibat persekitaran yang terlalu sejuk.

Jika keadaan-keadaan ini berlanjutan, sila dapatkan rawatan doktor.

Antara cadangan penjagaan kesihatan pada musim sejuk ialah :

1) Lazimi minuman panas atau suam seperti teh herba dan Anise (yansoon@ jintan manis). Makan makanan yang mampu memanaskan badan seperti madu,coklat (bukan gula-gula), halia, lada dan bawang putih.

2) Mandi menggunakan air suam serta elak daripada mandi berulang kali sehari terutamanya pada waktu malam.

3) Pastikan tubuh dilap sehingga kering sebelum keluar daripada bilik air.


4) Elak keluar rumah sejurus selepas mandi. Rehat seketika ( 15-30 minit) sebelum keluar rumah untuk mengelakkan badan terkesan daripada perubahan suhu persekitaran secara mendadak.


5) Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah. Elak memakai pakaian nipis terutamanya bahagian dada.


6) Lazimi amalan membasuh tangan untuk mengelakkan jangkitan kuman.


7) Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan (seperti oren/limau) dan sayur-sayuran (sayuran hijau) untuk memastikan badan mendapat vitamin-vitamin yang membantu menguatkan immuniti badan. Pengambilan supplement seperti Vitacid @ pil habbatussauda juga digalakkan.


8) Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein yang tinggi (telur, ikan dan daging) dan carbohydrate / kanji (nasi dan kentang). Kurangkan pengambilan lemak berlebihan.


9) Tingkatkan pengambilan air (sebaik-baiknya air suam) untuk membantu merembeskan
toksin dalam badan serta mengekalkan suhu badan.


10) JAUHI TABIAT MEROKOK. Meningkatkan kecenderungan untuk mendapat jangkitan sistem pernafasan. Asap rokok mampu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada penghisap (smoker) tetapi juga orang berhampiran (passive smokers).


11) Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah.


12) Jika terlalu sejuk, pastikan kain/mafla anda melindungi/menutupi rongga seperti telinga,mulut dan hidung untuk mengurangkan kehilangan haba badan.


13) Lazimi senaman ringkas untuk meningkatkan suhu badan.


14) Buka tingkap bilik anda (30 minit, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu) untuk pengudaraan serta pancaran cahaya matahari.


15) Jauhi makanan dan minuman ringan kerana mampu melemahkan immuniti badan.


16) KECEMASAN – rendam di dalam air suam atau lindungi dengan kain yang tebal dengan SEGERA jika anda mengalami frostbite (rujuk di atas) (bertukar menjadi biru/sangat pucat) pada bahagian jari, hidung dan cuping telinga.


Jika anda menyertai lawatan ke tempat sejuk seperti Sinai, berikut disertakan beberapa cadangan untuk penjagaan kesihatan dan keselamatan :

1) Pastikan pakaian anda bersesuaian (pakaian sukan. Bagi wanita, pakaian yang memudahkan pergerakan mengikut kesesuaian).

2) Pakaian yang tebal dan selesa (rujuk di atas)


3) Sebaik-baiknya bawa bekal coklat (chocolate, bukan gula-gula) untuk meningkatkan suhu badan.


4) Tutup/ lindung telinga anda untuk mengelakkan kehilangan haba daripada rongga. (elakkan menutup hidung dan mulut dengan kain tebal untuk mengelakkan sesak nafas).


5) Bawa air (sebaik-baiknya air panas di dalam termos). Air (walaupun sejuk) amat penting untuk mengelakkan dihidrasi (dehydration @kurang air dalam badan)


6) Bergerak dalam kumpulan dan rapat (badan manusia menghasilkan haba).


7) Elak duduk berehat terlalu lama (lakukan senaman ringan). Aktiviti/ pergerakan badan menghasilkan haba.


Rujukan:

-Buku ;
1) Clinical Medicine, Kumar&Clark’s.Environmental Medicine.
-Laman web;
1) http://hubpages.com/hub/Winter-Health-Care-Tips
2) http://www.nationmultimedia.com/home/2010/11/01/national/Doctors-warn-of-winter-illness-30141256.html
3) http://en.wikipedia.org/wiki/Frostbite

Disediakan oleh,
Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan PMRAM

Thursday 6 January 2011

-HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

bismillahirrahmanirrahim..

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
"PAS Ganti UMNO"

SABTU | 15 Januari 2011
8.00 Pagi - 12.00 Malam
Dataran Tok Guru, Kg Geliga, Kemaman

*Penampilan istimewa Pimpinan PR;

YAB TG DBS Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB DS TG Hj Abdul Hadi Hj Awang
YB DS Anwar Ibrahim
YB Ngeh Koo Ham
YB TG Dato' Harun Taib
Kumpulan Hijjaz

- suka2


bismillahirrahmanirrahim..

Saat org lain sibuk study...sy rse nk post sesuatu..
bkn ape2 yg best,video jer

*keluarga bahagia = dalam REDHA yang ESA


--------------------------


Indahnya lirik lagu ini, melambangkan betapa berbahagialah wanita yang mentaati suami dan Tuhannya dalam merebut gelaran bidadari syurgawi, adapun bidadari syurga yang asalnya dari sana tidak merasa susah di dunia, sedangkan pengorbanan insan dari dunia ke alam syurga lebih mewarnai citra nuasa... betapa beruntunglah menjadi wanita yang berjasa sehebat mukminah pilihan di zaman nan silam, menjadi tauladan buat kaum Hawa zaman berzaman...