Saturday, 27 February 2010

- Rukun Bai'ah

Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat semua..

1. Al-FAHM Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”. Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.

2. AL-IKHLAS Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.

3. AL-AMAL Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)

4. AL-JIHAD Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.

5. AT-TADHIYYAH Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.

6. AT-THA’AH Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.

7. AT-THABAT Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.

8. AT-TAJARRUD At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.

9. AL-UKHUWWAH Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.

10. ATS-THIQAH Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat

"Kita bukanlah yang memulakan perjuangan atau yang akan mengakhirkan perjuangan, bahkan kita adalah mata-mata rantai untuk meneruskan lagi perjuangan Rasulullah S.A.W"

Thursday, 11 February 2010

- "Adab-adab menuntut Ilmu"

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.
Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak.

Adab-adab tersebut di antaranya adalah :
1. Ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala
Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah karena Allah Azza Wa Jalla dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelar agar boleh mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya :
“Barangsiapa yang mempelajari suatu ilmu dengan mengharap wajah Allah, tidaklah ia mempelajarinya melainkan untuk memperoleh harta dunia, dia takkan mendapatkan harumnya bau surga di hari kiamat.” [Dekeluarkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hasan]
Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan syahadah (MA atau Doktor, misalnya) bukan kerana ingin mendapatkan dunia, tetapi kerana sudah menjadi peraturan yang tidak tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini – insya Allah – termasuk niat yang benar.
2. Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain.
Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk menghilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faedah dari ilmu kita.
Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat pada orang lain itu kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi manfa’at pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua; kerana Rasulullah S.A.W bersabda :
“Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat" (HR: Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.
3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at.
Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at. Kerana kedudukan syari’at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak berarti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid’ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Sallam. Hal ini tidak ada yang boleh melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.
4. Lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat.
Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, kerana persoalan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf 1). Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah Sholallahu Alaihi Wa Sallam masih hidup. Kerana itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pandapat dengan kita.
5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.
Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, karena amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak mauhpun muamalah. Karena orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.
Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.
7. Mencari kebenaran dan sabar
Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadith misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadith tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadith itu adalah sahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadith tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gesa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.

Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting karena sesungguhnya pembawa berita terkadang punya maksud yang tidak benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.Wallahu A'lam.

Tuesday, 9 February 2010

- "Cinta bukan jaminan..."

"Saya terpaksa balik Malaysia dulu. Ibu saya sakit." Aku bersuara sejurus Habib sampai.
‘habis tuh, camne ngan plan kite? Saya ade kerja penting yang nak diselesaikan ni. Mungkin dalam mingggu depan baru saya dapat balik." Ujar Habib dalam nada kecewa.

Tau. Aku tau dan faham sangat isi hatimu Habib. Aku pun tak nak balik Malaysia seorang diri. Aku nak balik dengan kau. Perkenalkan kau pada keluarga aku. Dan kita akan bersatu seperti yang kita inginkan. Sesungguhnya kaulah yang pertama dalam hidupku dank u harapkan menjadi yang terakhir.
"takpela. Awak balik dulu. Jaga ibu awak. Tapi jangan cerita apa-apa dulu tau. Nanti saya balik kita buat suprise, okey?" Habib bersuara selepas lama membisu.

Aku senyum dalam keterpaksaan. Entah kenapa. Aku dapat merasakan perasaan yang tidak enak untuk pulang ke bumi tercinta. Sepatutnya, aku dah pulang tahun lalu selepas grad untuk degree kat perancis ni tapi aku mengambil keputusan untuk bekerja di sini untuk menimba ilmu selama beberapa tahun. Tanpa kuduga, classmate ku yang sudah bertahun-tahun bersama ku menimba ilmu di bumi orang ini menyimpan hati kepadaku. And the most important thing is, aku pun dah lame simpan hati kat die!!! Kebetulan pula kami bekerja di tempat yang sama. Kami merancang untuk berkahwin hujung tahun ni. Setelah diri benar-benar bersedia untuk berkahwin dan duit pun cukup. Pulang ke Malaysia dan membuat suprise kepada keluarga kami. Uh, seronok- seronok. Tapi, nampaknya, ape yang kami rancangkan tak dapat nak di realisasikan. Aku terpaksa balik ke Malaysia terlebih dahulu.

Sampai saja di Malaysia aku terus ke pusat perubatan university Malaya untuk melawat ibuku. Tiada benda lain yang bermain di mindaku selain keadaan ibuku. Di wad ibuku kelihatan seorang doctor muda sedang merawat ibu
"assalamualaikum." Aku member salam.
"walaikumussalam. Awak ni anak patient ke?" balas doctor itu.
"ya saya. Macam mana dengan ibu saya?"
"oh. So far, she’s getting better. But, i have something to tell you. Ibu awak pun dah tidur sekarang ni and what if, saya cerita kat bilik saya?"
‘ok."

Aku pun berlalu ke bilik doctor itu tanpa sempat berjumpa dengan ibu. Dalam hati aku berdoa biarlah apa yang doctor ni nak cakap adalah benda yang baik. Nervous sungguh rasanya.
"duduklah dulu." Jemput nya.
"erm, sebelum tu elok saya perkenalkan diri dulu la. Saya dr. Hariz. Saya yang bertanggungjawab ke atas kesihatan ibu kamu. Tapi, saya tak pernah Nampak awak sebelum ni." Dia memulakan bicara.
"actually saya tak tinggal kat Malaysia. Saya kerja di france. Saya balqis." Aku memperkenalkan diri.
"oh, patutla. Tapi ibu awak pun ada cerita kat saya pasal awak. Engineer ye.. hebat ! "
Alamak.. ibu cerita ape pulak kat die ni?? Jamgan la yang bukan-bukan. Jatuh saham aku nanti.
"oh, really? Ibu saya cerita ape pulak pasal saya?" hahah.. korek- korek sikit. Nak tau jugak ape yang ibu cakap. Aku merenung dr Hariz. Irasnya macam habib! Sungguh. Alahai rindu pulak kat pengarang jantung aku yang sorang tuh. Ape la yang die buat sekarang..

"cik Balqis.." dr hariz menegur. Baru aku tersedar. Dah jauh aku melayang.
"ingatkan siape? Buah hati tertinggal kat france ke ?"
Huh, kantoi pulak. Aku sekadar senyum. Malas la nak jawab. Lagipun atas dasar ape aku kene bagitau die? Aku cuba menukar topic.
"so, ape yang dr nak cerita tadi?"
"okey. Well, your mother sebenarnya under pressure. Buat mase ni I think its better for you and family take good care of your mother. Be by her side. She need you very much. I can see in her eye everytime she told me about you"
What? Everytime? Apela yang ibu aku cerita ni. Tapi, rase sedih bila tau keadaan sebenar ibuku. Memang aku tak ada di samping ibu. Aku sibuk mencari rezeki kat Negara orang dan mengabaikan ibuku. Alahai, touching sungguh.
"penyakit darah tinggi tuh normal. Tak perlu bimbang sangat sebab still under control. But kite kene take care jugaklah. And the most important thing is happy kan mother you. Jangan biar dia runsing. It is not good for her health."
"i see. Insya-allah i will take care of her. Saya pun dah transfer balik ke Malaysia. Anyway, thank you, dr. I really appreciate your help."
"nothing la. Its part of my job" baklas dr hariz.
"so, if you nak melawat your mother pergila. Sebab tadi dah bantutkan niat you" sambungnya.
"okey. I pergi dulu. Thanks dr." Aku terus berlalu pergi.
Wad ibu.

"balqis!!!! Ibu rindu balqis, saying. Alhamdulillah balqis dah balik"
"maaf bu. Balqis selalu taka de kat sisi ibu. Sekarang ni balqis dah pindah Malaysia and balqis akan sentiasa ada dengan ibu."
"baguslah. Ibu gembira sangat-sangat. Tapi, ibu lagi gembira kalau balqis boleh buat sesuatu untuk ibu."
Lain macam bunyik nye...
"ape die bu? Balqis sanggup lakukan ape saje asal ibu happy.."
"kahwin dengan dr hariz. Ibu berkenan sungguh dengan die. Die pun bujang lagi. Memang suke dengan kamu. Selalu tanye ibu pasal kamu. Atau kamu dah ade pilihan hati sendiri?"

Aduh, problem-problem. Macam mane aku nak cakap aku dah ade pilihan hati. Muke ibu ni Nampak sangat mengharap. Ishk, patutla dr hariz tuh pandang aku luar biase aje tadi.
"ibu, balqis piker dulu la"
"okey sayang. Bile dah buat keputusan nanti, cepat-cepat beritahu ibu."

Sebulan selepas itu....

Aku pun tak pasti dengan ape yang aku lakukan. Terang- terang hati aku kat orang lain tapi hari ini aku bakal bertunang dengan dr hariz. Pada habib aku dah emelkan menceritakan ape yang berlaku. Selepas itu aku off handphone ku sebab aku tak sanggup nak menghadapi habib. Serius. Aku rase serba salah. Satu kebahagiaan ibu yang aku sayang. Satu lagi cinta hati ku yang dah merancang untuk hidup denganku. Entah lah. Aku serahkan semua nya pada takdir. Kalau ikut cerita Hindustan, jika betol aku ade jodoh dengan habib, pasti aku akan bersama die jugak.

Aku duduk menunggu bakal mak mertua menyarung cincin perjanjian di jari manisku. Dup dap dup dap. Entah ape la perasaan aku sekarang ni. Bercampur baur. Pintu terkuak. Bakal mak mertua ku melangkah masuk. Aku hanya berpakaian kebaya panjang pink dan berselendang. Ayu la juga. Natural beauty la katekan. Tapikan, bakal mak mertua aku ni macam biase pernah kulihat. Eh, mak habib kan? Aku pernah Nampak foto die. Habib yang tunjuk. Berderau darah aku. Ape sebenarnye ni?
Selesai menyarungkan cincin aku pun keluar untuk berjumpa dengan keluarga tunang aku. Haih, dah jadik tunang orang dah aku ni. Tapi sayang bukan dengan habib. Tiba- tiba aku terpandang satu wajah yang cukup ku kenali. Wajah yang kurindui. Habib!! Ape die buat kat sini?
"tahniah." Matanya mulai merah...

"Cinta bukan jaminan..."

"tahniah." Matanya mulai merah.