Tuesday, 31 August 2010

-Istimewanya epal Hijau...

bismillahirrahmanirrahim
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Tuesday, 24 August 2010

- Menghitung hari.....

bismillahirrahmanirrahim...erm..... lagi 4 hari nk balik....
tak sabonyer nk jumpe umi ngan abah....
tak sabo nak jumpe sume....
kaum kerabat kt kampung.....
YA ALLAh....
permudahkan urusan kami
moga perjalanan kami selamat sampai dan selamat kembali

Sunday, 22 August 2010

-Mesyuarat Agung Tahunan DPMI kali ke 18

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...MAT DPMI telah berlangsung dengan jayanya semalam... Kehadiran ahli perwakilan seramai 113 orang..

Daripada MAT DPMI kali ke 18, 2 usul yang telah di sepakati oleh semua perwakilan ialah :

* Menaikkan yuran perumahan dari LE3 ke LE4 sebulan
* Memperkasa hisbah, biah solehah dan bait muslim di semua peringkat

Semoga kita selaku ahli DPMI akan sentiasa mendokong dan menyokong DPMI ..

~~Kepada kepimpinan yang baru...Selamat menunaikan Amanah yang di taklifkan kepada anda... Semoga sentiasa thabat

Thursday, 19 August 2010

Direktori Kepimpinan KPIPM sesi 2010/2011

bismillahirrahmanirrahim...

Kepimpinan baru KPIPM sesi 2010/2011...
**Kepada ahli-ahli KPIPM...segala permasalahan bolehla merujuk kepada mereka yer selaku pihak berwajib...

-Sesi Taaruf Calon Ahli Jawatan Kuasa Tadbir DPMI 2010/2011

bismillahirrahmanirrahim...

9 Ramadhan 1431 H bersamaan 19 Ogos 2010 telah di adakan sesi taaruf calon AJKT DPMI 10/11 di Markaz DPMI... Calon ini menang tanpa bertanding & semua calon seramai 9 orang termasuk pengerusi...

Harapan kepada semua ahli agar memberi komitmen yang tinggi kepada AJKT yang akan menerajui kepimpinan DPMI yang akan datang..

INTIMA' kita bukan INTIMA' syakhsi tetapi INTIMA' AQIDI

Tuesday, 10 August 2010

Saturday, 7 August 2010

-Mesyuarat Agung Tahunan DPMI

bismillahirrahmanirrahim...

Jabatan Setiausaha Agung PMRAM cawangan Iskandariah akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 18,dijemput kepada semua ahli Dpmi untuk menghadiri program tahunan ini untuk sama-sama kita melontar idea dan memberi muhasabah sebaiknya untuk kepimpinan PMRAM cawangan Iskandariah sesi 09/10.
Maklumat Mesyuarat Agung adalah seperti berikut:

TARIKH:11 Ramadhan 1431H Bersamaan 21 ogos 2010M
HARI:Sabtu
TEMPAT:Dewan Zajlatul Abidah
MASA:7.30 a.m
YURAN:LE 3
ANJURAN:Jabatan Setiausaha Agung DPMI


Segala kerjasama anda amatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.Marilah datang beramai-ramai,tunaikan kewajipan.