Friday, 29 January 2010

Kota Iskandariah

bismillahirrahmanirrahim...

Penamaan kota Iskandariah ini dilakukan bersempena nama seorang pahlawan terkenal Yunani, Alexander the Great. Ada pendapat menyatakan ia adalah sempena nama Iskandar Zulkaranain yang dinyatakan oleh Allah Taala di dalam Al-Quran melalui surah Al-Kahfi mengenai pengembaraannya mengelilngi dunia. Namun pendapat ini terlalu lemah dan kebenaran tersebut tidak dapat dibuktikan kebenarannya.

Menurut catatan sejarah, pada tahun 322 masihi merupakan titik prmulaan munculnya sebuah kota-kota masyhur di bumi ini. Di zaman pemerintahan ini, pusat pemerintahan kerajaan Mesir telah berpindah dari kawasan Delta ke kota iskandariah.

Iskandar zulkarnain telah memerintahkan kepada Denakrates seorang ahli pelancong kota asal Yunani untuk merealisasikan pembinaan kota impiannya itu. Kota Iskandariah ini telah mengalami kemajuan yang begitu pesat membangun dan menjadi ibu kota Mesir selama 1000 tahun. Kedudukannya yang strategik telah menjadi tumpuan para pedagang untuk berniaga. Hal ini berlanjutan sehingga penaklukan Islam ke atas Mesir pada tahun 21 H bersamaan 622 M iaitu setelah dikuasai oleh tiga buah peradaban besar Batlemeus, Rome, dan Bazentine.

Sehingga kini kota ini merupakan kota yang banyak meninggalkan kesan sejarah dan merupakan kota yang kedua terbesar di Mesir selepas Kaherah. Amru bin Al-As telah mengepung kota ini selama tiga bulan barulah berjaya di tawan. Ini menunjukkan kekuatan dan ketamadunan yang ada pada pemerintahan Kota Iskandariah ketika itu.

ISKANDARIAH
Antara tempat menarik yang sering menjadi tumpuan pelancong dan boleh dilawati :

[masjid dan benteng qeit- bey]
Dibina oleh salah seorang sultan qeit-bey pada tahun 1472M. Terletak di sebelah timur pelabuhan Iskandariah. Keluasan benteng ini adalah 2 hektar. Seni binanya bercirikan senibina Islam. Digunakan untuk membentengi Kota Iskandariah dari serangan musuh. Pernah juga menjadi tempat persinggahan tentera Perancis sebelum menuju ke Kaherah.





[al-masrah al-romani (teater romani)]
Ia ditemui di kawasan kaum el-Dukkan pada tahun 1960. Terdapat 12 anak tangga sebagai tempat duduk. Diperbuat daripada marmar membentuk separa bulatan sebagaimana teater Roman di Jordan. Ia merupakan kesan peninggalan sejarah Rom yang pernah menguasai kota Iskandariah suatu ketika dahulu.

[pantai dan taman montazah]
Kawasan ini merupakan tempat kunjungan raja-raja Mesir dalam musim panas sebelum Revolusi 23 Julai 1972. Keluasan taman di pinggir pantai ialah 155.4 hektar dan terdapat di dalamnya istana Raja Faroq yang mencadangkan kepada kita landskap dan senibina yang indah dengan ukiran yang halus.
Namun disebalik kesenian, terdapat besi seumpama tombak-tombak tajam di setiap menara tersebut yang didakwa sebagai lambang kezaliman semasa pemerintahan beliau (wallahu ta'ala a'lam). Kedudukan yang agak strategik di tempat yang agak tinggi ini di samping menghadap ke arah laut menjadikan ia begitu indah. Istana itu kini dijadikan tempat menyambut para tetamu kehormat yang berkunjung ke Iskandariah.

[masjid abu abbas al-mursi]


Masjid ini terletak di tepi pantai Iskandariah, berbentuk enam segi, dihiasi kaligrafi Islam yang indah dan menarik. Di dalamnya terdapat maqam Syeikh Muhammad Al Mursi, seorang ahli sufi yang masyhur, murid kepada Hassan Yadzili, pengasas tarikat Syadziliah yang terkenal.

[maqam abu darda']
Beliau ialah Abu Uwaimir bin Zaid bin Qias dan merupakan sahabat nabi yang datang ke Mesir. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan berkawan baik dengan Abdullah bin Rawahah. Apabila Islam disebar Abdullah terus memeluk Islam. Bagaimanapun Abu Darda' masih menyembah berhala. Pelbagai usaha dilakukan oleh Abdullah untuk mengislamkan Abu Darda' sehingga akhirnya Abdullah bertindak memusnahkan semua berhala yang ada di rumah Abu Darda'. setelah berfikir secara rasional, Abu Darda' menemui Rasulullah dan memeluk Islam. Beliau turut bersama Amru bin Al-As membuka Mesir dan Iskandariah.

[maqam Lukmanul Hakim]
Ada banyak pendapat ulama' mengenai asal beliau. Ada yang mencadangkan beliau berasal dari Habsah(Ethiopia). Pendapat lain mengatakan beliau adalah ahli falsafah. Kisah manusia istimewa ini memberi nasihat kepada anaknya telah di rakamkan dalam A-Quran dengan satu surah bersempana namanya. Maqamnya bersebelahan maqam Nabi Daniel.

[maqam Lukmanul Hakim dan Nabi Daniel]
Maqam ini terletak dibawah Masjid Daniel. Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan kedudukan maqam Nabi Daniel.
-Kitab Zibdah al Mamalik menyatakan maqam Nabi Daniel di Iskandariah
-Kitab Mu'jam Baldur mencadangkan maqamnya di Bandar Soa, Iran
-Pendapat lain menyebut maqamnya di Mosul, Iraq
-Kitab Dirar Kinanah karangan Ibn Hajar menyatakan bahawa maqam yang terdapat di Iskandariah adalah Syeikh Mohd Daniel Musolla, seorang ulama' Syafie sekitar kurun ke 19, meninggal dunia dan di kebumikan di Iskandariah

No comments:

Post a Comment