bismillahirrahmanirrahim
Berziarah kerana Allah..
Firman Allah taala: "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhoan Allah semata-mata."-Al-Kahfi(28)
................................................................................................................................................................................
Abu Musa al-Asy'ari melaporkan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata , "Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan tukang besi. Ada kalanya, penjual minyak wangi memberikan minyaknya kepada saudara, atau pun saudara dapat membelinya, paling kurang saudara dapat mencium harum baunya. Sebaliknya, ada kalanya percikan api tukang besi membakar baju saudara atau pun saudara mendapat bau busuk daripadanya."-Bukhari dan Muslim
.............................................................................................................................................................................
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, "Seseorang itu ikuit agama temannya. Oleh itu saudara hendaklah meneliti siapa teman seseorang itu."-Abu Daud dan Tirmizi
.............................................................................................................................................................................
Abdullah bin Umar berkata, " Nabi Muhammad pergi berziarah ke Quba', ada masanya beliau menaiki unta, ada masanya beliau berjalan. Kemudian beliau sembahyang sunat dua rakaat di masjid Quba'."-Bukhari dan Muslim
No comments:
Post a Comment