::Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu::
Tuesday, 27 April 2010
-Korbankan perasaan dalam perjuangan
bismillahirrahmanirrahim..
Katanya kita berjuang, namun sebenarnya jauh lagi perjalanan diri untuk layak bergelar pejuang, namun hakikatnya, kitalah yang mahu berjuang itu, maka kitalah yang digelar pejuang.
Menjadi pejuang agama bukanlah satu yang saja-saja, atau suka- suka, bukan yang kita lakukan bila tiba waktu lapang, tapi diri kitalah yang harus melapangkan masa untuk gerak kerja islam, perjuangan kita harus lebih serius, kerana kita adalah manusia yang sedar bahawa kudrat kita amat diperlukan dalam memerangi segenap penjuru serangan jahiliyyah yang sedang bermaharajalela disekeliling kita.
Firman Allah yang bermaksud : "Tidaklah dikatakan seseorang itu beriman sekiranya mereka itu tidak di uji" [Al-Ankabut :2]
Manusia dan perasaan, ibarat irama dan lagu, tanpa perasaan, manusia hidup bagai bangkai tak bernyawa, bagai orang gila, oh, orang gila juga punya perasaan, pendek kata, manusia dicipta berperasaan, sedih, gembira, rindu, kecewa dan sebagainya.
Para pejuang agama Allah mestilah berhati keras? Saya didoktrin begitu meskipun diri ini belum layak mana bergelar pejuang, maka berubahlah saya dari seorang manusia yang sering berkata “ it hurt me” kepada manusia yang sering memotivasikan diri dengan berkata “ it make me strong!” , ia perlu dididik, kerana bilamana anda bersedia menjadi seorang yang ingin berjuang dijalan Allah, banyak benda baru yang anda harus pelajari, harus anda korbankan, meskipun perasaan diri sendiri. Perasaan rindukan keluarga, perasaan marah dengan sahabat, rasa penat sehingga benci melihat orang lain, panas baran dan pelbagai lagi kerenah perasaan adalah garam yang harus anda telan. Malah, kadangkala, anda harus menjadi matang sebelum usia anda sepatutnya matang.
Ayuh singkap tirai sirah, saat hijrah Rasullullah dan para sahabat ke Madinah, meskipun telah tiba ke Madinah dengan selamat, namun jiwa mereka masih penuh kerinduan dengan Mekah, sehingga Abu Bakar dan Bilal jatuh sakit, dan Abu Bakar disaat itu yang merasa badannya panas dingin berkata:-
"Setiap orang ingin tinggal di tengah- tengah keluarganya, tetapi kematian lebih dekat dari tali terompahnya.”
Jika ingin diberi contoh, cukuplah dihidangkan dengan sirah Rasulullah dan para Sahabat yang sememangnya lebih berganda- ganda pengorbanan perasaan mereka dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah, bukan sedikit kesabaran mereka menghadapi kerenah masyarakat jahiliyyah dahulu, maka, jika perjuangan ini kita lakukan Demi Allah dan ingin meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah, latihlah diri kita menjadi sabar seperti Rasulullah dan sahabat.
Andai pula jika terjatuh hati dengan sahabat- sahabat yang sama- sama dalam gerak kerja, maka janganlah cinta itu dibawa dengan jalan orang yang tidak ditarbiyah dengan tarbiyah Islami, bukan tidak ada, Rasulullah dan isteri juga sama- sama berjuang, jadi jangan memendekkan aqal dengan menganggap kita harus mengeraskan hati sekeras- kerasnya.
Ya~, kita ini manusia biasa, yang tidak sehebat mana pun, yang punya perasaan seperti insan lain, tapi, bilamana kaki ini sudah melangkah setapak kealam perjuangan, maka kaki inilah yang tidak boleh berundur lagi, teruskan perjalanan, teruskan perjuangan, perngorbanan perasan yang dituntut dari kita bukan sekadar- sekadar sahaja, tapi pengorbanan yang besar, saya pun, cuba untuk tidak bercakap sahaja, tapi bikin!
~~kata 'adik' kt saya..kite xley mudah merajuk kalau hati terluka..orang berjuang xboleh ada istilah rajuk..:') tQ adik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
moga thabat..!!!
ReplyDeletesyukran adikputeh
ReplyDeletesalam, mohon copy post u sebagai taujihad kpd ana dan sahabat2 terus istiqamah dlm pjuangan...smoga Allah meredhai perjuangan kita u Islam
ReplyDelete