Thursday, 29 April 2010

-Perjuangan Tiada Noktah

bismillahirrahmanirrahim...
Sampai bila-bila pun perjuangan tidak akan berakhir. Walau apa jua keadaan sekalipun, kita mesti mempunyai hati yang kuat & kental untuk mengharungi liku-liku dalam perjuangan.
Tugas kita sebagai seorang pelajar amatlah besar. Kita bukan hanya membawa amanat yang diberi oleh ibu bapa supaya belajar bersungguh-sungguh, bahkan yang amat penting, kita mesti mencari keredhaan DIA yang utama dalam menuntut ilmu.

Berpersatuan juga adalah 1 ilmu. Amat malang sekali jika ada di antara kita mengatakan ilmu hanya diperoleh di kuliah @ talaqqi sahaja. Dengan berpersatuan juga, kita boleh dapat banyak ilmu atau dapat melatih diri membuat kerja-kerja secara praktikal seperti menjadi AJK, ADHOC, EXCO dan sebagainya. Di samping kita tidak melupakan amanah yang kita bawa iaitu sebagai seorang pelajar dan anak.

Andai perjuangan ini mudah,pasti ramai yang menyertainya.. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya.. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu.. Turun naiknya.. Sakit pedihnya.. Umpama kemanisan yang tidak terhingga.. Andai rebah, bangkit semula.. Andai terluka, ingat janji-NYA


Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,

Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa

Segores luka di jalan ﷲﺍ,

Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna

Ar Rosulu qudwatuna

Al Quraanu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami

Alquran pedoman hidup kami,

Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,

Cita-cita kami tertinggi

No comments:

Post a Comment